Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Malas Musuh Dalam Selimut!

"MALASNYE!"
Itulah yang sering kita luahkan kepada diri sendiri dalam sedar ataupun tidak. Memang tidak dapat dinafikan sifat MALAS sentiasa menghantui diri kita sekiranya kita sering terasa diri kita dibebani dengan kerja atau tugas yang bertimbun. Malahan MALAS makin terjadi jika kita terasa :AMAT BOSAN: dengan rutin harian yang dianggap amat remeh untuk dilakukan.

Ini beberapa TIPS BERGUNA yang ingin saya berkongsi bersama;

1. JAUHI PERKATAAN MALAS DI DALAM PEMIKIRAN ANDA!

Setkan minda anda dengan perkataan yang positif! Jangan penuhkan minda anda dengan perkataan yang melemahkan jiwa anda seperti "Saya tak mampu lakukannya", "Saya tak sama seperti awak", "Saya tak pandai macam awak ", dan sebagainya. Ini kerana mengikut kajian, 80% tindakan kita bergantung kepada apa yang kita fikirkan..!
Sebaiknya kita tukar ayat tersebut dengan "Saya HEBAT!", "Saya boleh lakukan!", "Saya BIJAK !" dan cabar diri anda untuk membuktikan SIAPA ANDA sebenarnya.Jika anda sentiasa merasakan diri anda HEBAT dan BIJAK, anda secara tidak langsung akan mencari sesuatu yang membuatkan orang TERPEGUN dengan anda walaupun bukan dengan kata-kata. Dalam masa yang sama, anda akan membuat yang terbaik dalam setiap tugas dan tanggungjawab yang diberikan.

2. JAUHI ZON SELESA!

Pemikiran orang yang HEBAT dan BERJAYA sentiasa suka dengan RISIKO di mana TIADA orang yang pernah lakukan apa yang dia lakukan . Orang yang HEBAT sentiasa mencari KEUNIKAN yang membuatkan orang sentiasa tertanya-tanya. Orang yang HEBAT sentiasa menjadi ikutan orang walaupun pada mulanya dirinya DIKUTUK dan DISINDIR. Ini kerana KEUNIKAN itulah yang membezakan anda dengan orang lain. KEUNIKAN yang membawa KEBAIKAN kepada orang lain membuatkan ANDA SENTIADA DIPUJI dalam DIAM.
Oleh itu, carilah sesuatu yang membuatkan anda sentiasa mencari perkara baru! Zon yang selesa membuatkan anda menjadi MALAS dan LESU untuk berfikir bagi mencari KEUNIKAN diri. Jangan terpedaya dengan ZON SELESA anda kerana sekiranya anda berada di dalam ZON YANG SUKAR anda akan menjadi LEMAH dan SENANG DIPERBODOHKAN oleh orang lain. Berhati-hatilah!

3. BERMOHON DAN BERDOALAH KEPADA ALLAH.

Manusia sering alpa dengan KESENANGAN yang ada buat sementara. Bila ditimpa MUSIBAH barulah ingin membuat perubahan yang lebih baik. Sedangkan ANDA SUDAH JAUH KETINGGALAN dan terpaksa mengejar berbatu- jauhnya untuk sama seperti oang yang BERJAYA. Tidakkah itu satu kerugian yang amat BESAR? Oleh itu bermohonlah kepada Allah agar anda sentiasa ditiupkan semangat baru yang sentiasa berkobar-kobar untuk melakukan perubahan diri. Jangan Sudah Jatuh Ditimpa Tangga, baru menyedari kelemahan dan ingin berpatah balik. Sudah Terlewat Sayang! Inilah masanya untuk melangkah dengan GAGAH ke arah medan perjuangan hidup. Hari ini adalah hari yang terbaik dan lakukan yang terbaik bermula dari saat anda menghabiskan ayat ini.Esok tiada siapa yang tahu apakah pengakhiran hidup anda.


Sama-samalah kita fikirkan...

Kriteria Pemarkahan Projek Akhir ID (DDZ2543)

PRESENTATION PROJEK AKHIR ID (DDZ2543) AKAN DIADAKAN PADA 12 MEI 2011, di MAKMAL 5 KTD



Sila semak kriteria pemarkahan projek akhir anda.
Keputusan adalah MUKTAMAD

KLIK IMEJ DI ATAS UNTUK LIHAT KEPUTUSAN

UJIAN 2 ID (DDZ2543) dan UNIX (DDC3232)

MEMO
UJIAN 2 Kursus ID (DDZ2543) dan UNIX (DDC3232) akan diadakan pada HARI SELASA (26 APRIL 2011) di BK6 (ID) dan BK10 (UNIX)
Diharapkan semua pelajar membuat persediaan dengan baik.

ID - BAB 4,5,5.2
UNIX - BAB 2,3

GOOD LUCK !

Tahniah kepada AJK SUKSESS 2011 dan pelajar!


Alhamdulillah, suksess nampaknya semakin panas dengan semangat membara daripada pelajar dan staf yang menyertainya. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat kerana sama-sama menjayakan temasya sukan KTD iaitu SUKSESS 2011 ini.

"Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan"
mungkin itu pegangan bagi wakil rumah sukan masing-masing. Tidak gentar menyahut cabaran walaupun saingan agak sengit di antara wakil rumah masing-masing.

Disini beberapa tips yang ingin dikongsi bersama ketika di gelanggang pertandingan:
1. Memiliki Komitmen dan Azam yang Kuat
2. Berusaha Keras untuk mencapai apa yang dihajati
3. Menguasai Diri
4. Yakin dengan Allah!


Insyallah , diharapkan dengan adanya temansya SUKSESS 2011 ini hubungan ukhuwah semakin kuat terjalin bukan sebaliknya. Kemenangan yang ingin dicapai tidak seharusnya menjadi batu lemparan kepada pasukan yang lemah tetapi sebaik-baiknya menjadi penguat semangat buat mereka dengan berpadu tenaga untuk bersama-sama merebut kemenangan.

Di akhir kata, majulah sukan kerana ALLAH ..Wallahualam =)

Program PA 2011 di JERAM LINANG

Perjumpaan AJK Program PA
Hari: Khamis (7 April 2011)
Tempat : Makmal 1 (selepas kelas UNIX)




Makluman :
Kepada pelajar PA yang belum membayar yuran aktiviti RM10.00 sila serahkan kepada Hariz selewat-lewatnya esok 6 April 2011 . Selepas daripada tarikh itu dianggap anda tidak hadir aktiviti dan akan dikenakan PENALTI BERTULIS.

Senarai AJK dan tugas boleh didownload di sini :
Senarai AJK dan tugas

Daripada:
Puan Laili

Koleksi nota perbentangan pelajar DDZ2543 (ID)

ISTIMEWA UNTUK PELAJAR DDZ2543 (ID)
Kepada semua pelajar , anda boleh mendownload semua nota perbentangan pelajar di link ini:
Nota Perbentangan Pelajar