Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Istimewa Untuk Penggiat Filem Pendek & Dokumentari !!

DANA PEMBANGUNAN SENI FILEM & MULTIMEDIA

PENGENALAN

Dana Pembangunan Seni Filem & Multimedia diwujudkan bertujuan melahirkan karya filem Malaysia yang bermutu tinggi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa serta menggalak pertumbuhan bakat dan memajukan tahap profesionalisme para penggiat dan pengamal filem. Skim ini dikendalikan oleh sebuah Jawatankuasa yang terdiri dari kalangan karyawan dan penggiat filem.

OBJEKTIF

1. Meningkatkan kuantiti dan kualiti penerbitan filem terutama filem pendek, dokumentari & animasi.
2. Menempatkan industri filem Malaysia ditahap yang sewajarnya diperingkat antarabangsa.
3. Menghargai karyawan dan seniman filem Malaysia mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.
4. Menampilkan kemampuan pembikin filem tempatan di peringkat antarabangsa.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN DANA PEMBANGUNAN SENI FILEM DAN MULTIMEDIA

Penerbitan Filem Pendek / Dokumentari

1. Bantuan penerbitan tidak melebihi RM 40,000.00.
2. Warganegara Malaysia berumur 18 - 35 tahun sahaja.
3. Belum pernah menerbitkan dan mengarah filem / dokumentari pendek.
4. Belum mencapai tahap kejayaan di peringkat antarabangsa di dalam penerbitan filem / dokumentari pendek.
5. Filem mestilah berbahasa Malaysia iaitu tajuk, skrip dan dialog dalam Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya 60%).
6. Durasi tidak melebihi 15 minit.
7. Hendaklah menggunakan kemudahan peralatan perfileman dan perkhidmatan pasca-produksi FINAS.
8. Menunjukkan ciri-ciri berlatar belakang Negara Malaysia.

Bantuan Insentif

1. Bantuan penerbitan tidak melebihi RM 10,000.00 bagi pembiayaan tiket penerbangan atau penginapan sama ada untuk:
a) Pencalonan / pertandingan Festival Filem
b) Promosi dan pemasaran Filem
c) Pembentangan kertas kerja
2. Warganegara Malaysia berumur 18 keatas.

Bantuan Perfileman

1. Bantuan tidak melebihi RM 30,000 tertakluk kepada bilangan ahli yang aktif dan senarai aktiviti perfileman yang dijalankan.
2. Persatuan hendaklah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia mengikut Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966.
3. Pendaftaran yang masih sah.
4. Persatuan telah ditubuhkan sekurang-kurangnya setahun.
5. Jumlah anggota keahlian sekurang-kurangnya 100 orang.
6. Persatuan yang masih aktif.
7. Mengemukakan laporan aktiviti persatuan terkini.
8. Menjalankan aktiviti yang majoritinya berkaitan industri perfileman.
9. Mengemukakan Laporan Tahunan dan Laporan Kewangan terkini.
10. Persatuan yang berkemampuan serta teguh kedudukan kewangannya tidak layak diluluskan.

Permohonan Yang Lengkap


Borang & permohonan yang lengkap di alamatkan kepada :-

Urusetia Dana Pembangunan Seni Filem & Multimedia
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
Lot 1662, Batu 8, Jalan Hulu Kelang
68000 Ampang, Selangor.
( u.p. Unit Skim Pinjaman)



Pemilihan
Jawatankuasa akan membuat penilaian terhadap semua permohonan yang lengkap dan memenuhi kriteria. Permohonan akan dijemput untuk menghadiri sesi temuduga / pitching. Pemohon akan dimaklumkan keputusan melalui surat.