Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

MKK 40% (final MKK)



Klik link di bawah untuk melihat MKK 40% anda! =) Tahniah & syabas kepada semua..
KLIK Di sini untuk lihat MKK 40% anda.

Template Sinopsis Bagi Projek PAM (DDZ3563) & ID (DDZ2543)

Kepada semua pelajar PAM (DDZ3563) dan ID (DDZ2543), sila hantar kesemua item anda kepada saya beserta dengan SINOPSIS selewat-lewatnya 17 MEI 2011.Sila download Template sinopsis seperti di bawah:

DOWNLOAD TEMPLATE SINOPSIS PAM / ID

Edit template mengikut tajuk projek anda dan letakkan imej yang sesuai.



MAKLUMAN TAMBAHAN:

Item Yang Perlu Dihantar:

1) PAM (DDZ3563):

a. Poster & laminate - 1 keping
b. CD (beserta cover) - 3 salinan (UTM,KTD,personal)
c. Laporan Akhir & binding - 1 buku
d. Sinopsis & laminate (Download template dari gempurkhalifah) - 2 keping

-------------------------------------------------------------------------------------

2) ID (DDZ2543):

a. CD (beserta cover) - 2 salinan (KTD,personal)
b. Sinopsis & laminate (Download template dari gempurkhalifah) - 2 keping

~@ Mari Meraih CINTA ~@


Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana telah mengurniakan nikmat kasih-sayang dan cinta kepada Yang Maha Esa.

Ucapan "SELAMAT HARI LAHIR" daripada suami, anak-anak & pelajar amat bermakna dan telah menyuburkan rasa kasih & cinta untuk meneruskan perjuangan di medan tarbiyah.

Terima kasih banyak-banyak kepada Suami ,Anak-Anak PA & pelajar yang lainnya. Semoga kasih kalian Allah mambalas dengan sejuta kasih-sayang daripadaNya. Amin..

Buat titipan suami, anak-anak dan pelajar yang tersayang sempena Hari Yang Amat Bermakna ini =):

Sayang,
Ke arah manapun kalian hadapkan pandangan mata dan hari, ketahuilah Allah sentiasa bersama-sama kalian.Sentiasalah ingat akan ikrar kalian
"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku & matiku hanya untuk Allah"

BEGITU LUAR BIASA BENTUK CINTA HAKIKI YANG BERLANDASKAN KASIH ILAHI,
IA LAKSANA POHON DI DALAM HATI,
AKARNYA ADALAH KEPATUHAN KEPADA ALLAH,
DAHANNYA ADALAH MAKRIFATULLAH (MENGENALI ALLAH),
RANTINGNYA TAKUT KEMURKAAN ALLAH,
DAUNNYA ADALAH MALU KEPADA ALLAH,
BUAHNYA ADALAH ISTIQAMAH,
AIR & BAJANYA ADALAH ZIKRULLAH.

Semoga kalian sentiasa dilindungi dan diredhai Allah S.W.T..
LUV U ALL..

Jadual Perbentangan Pelajar UNIX (DDC3232)



* Sila ambil perhatian melihat TARIKH BENTANG ANDA.
Anda wajib membuat slide power point- MKK 2% akan ditambah.

Malas Musuh Dalam Selimut!

"MALASNYE!"
Itulah yang sering kita luahkan kepada diri sendiri dalam sedar ataupun tidak. Memang tidak dapat dinafikan sifat MALAS sentiasa menghantui diri kita sekiranya kita sering terasa diri kita dibebani dengan kerja atau tugas yang bertimbun. Malahan MALAS makin terjadi jika kita terasa :AMAT BOSAN: dengan rutin harian yang dianggap amat remeh untuk dilakukan.

Ini beberapa TIPS BERGUNA yang ingin saya berkongsi bersama;

1. JAUHI PERKATAAN MALAS DI DALAM PEMIKIRAN ANDA!

Setkan minda anda dengan perkataan yang positif! Jangan penuhkan minda anda dengan perkataan yang melemahkan jiwa anda seperti "Saya tak mampu lakukannya", "Saya tak sama seperti awak", "Saya tak pandai macam awak ", dan sebagainya. Ini kerana mengikut kajian, 80% tindakan kita bergantung kepada apa yang kita fikirkan..!
Sebaiknya kita tukar ayat tersebut dengan "Saya HEBAT!", "Saya boleh lakukan!", "Saya BIJAK !" dan cabar diri anda untuk membuktikan SIAPA ANDA sebenarnya.Jika anda sentiasa merasakan diri anda HEBAT dan BIJAK, anda secara tidak langsung akan mencari sesuatu yang membuatkan orang TERPEGUN dengan anda walaupun bukan dengan kata-kata. Dalam masa yang sama, anda akan membuat yang terbaik dalam setiap tugas dan tanggungjawab yang diberikan.

2. JAUHI ZON SELESA!

Pemikiran orang yang HEBAT dan BERJAYA sentiasa suka dengan RISIKO di mana TIADA orang yang pernah lakukan apa yang dia lakukan . Orang yang HEBAT sentiasa mencari KEUNIKAN yang membuatkan orang sentiasa tertanya-tanya. Orang yang HEBAT sentiasa menjadi ikutan orang walaupun pada mulanya dirinya DIKUTUK dan DISINDIR. Ini kerana KEUNIKAN itulah yang membezakan anda dengan orang lain. KEUNIKAN yang membawa KEBAIKAN kepada orang lain membuatkan ANDA SENTIADA DIPUJI dalam DIAM.
Oleh itu, carilah sesuatu yang membuatkan anda sentiasa mencari perkara baru! Zon yang selesa membuatkan anda menjadi MALAS dan LESU untuk berfikir bagi mencari KEUNIKAN diri. Jangan terpedaya dengan ZON SELESA anda kerana sekiranya anda berada di dalam ZON YANG SUKAR anda akan menjadi LEMAH dan SENANG DIPERBODOHKAN oleh orang lain. Berhati-hatilah!

3. BERMOHON DAN BERDOALAH KEPADA ALLAH.

Manusia sering alpa dengan KESENANGAN yang ada buat sementara. Bila ditimpa MUSIBAH barulah ingin membuat perubahan yang lebih baik. Sedangkan ANDA SUDAH JAUH KETINGGALAN dan terpaksa mengejar berbatu- jauhnya untuk sama seperti oang yang BERJAYA. Tidakkah itu satu kerugian yang amat BESAR? Oleh itu bermohonlah kepada Allah agar anda sentiasa ditiupkan semangat baru yang sentiasa berkobar-kobar untuk melakukan perubahan diri. Jangan Sudah Jatuh Ditimpa Tangga, baru menyedari kelemahan dan ingin berpatah balik. Sudah Terlewat Sayang! Inilah masanya untuk melangkah dengan GAGAH ke arah medan perjuangan hidup. Hari ini adalah hari yang terbaik dan lakukan yang terbaik bermula dari saat anda menghabiskan ayat ini.Esok tiada siapa yang tahu apakah pengakhiran hidup anda.


Sama-samalah kita fikirkan...

Kriteria Pemarkahan Projek Akhir ID (DDZ2543)

PRESENTATION PROJEK AKHIR ID (DDZ2543) AKAN DIADAKAN PADA 12 MEI 2011, di MAKMAL 5 KTD



Sila semak kriteria pemarkahan projek akhir anda.
Keputusan adalah MUKTAMAD

KLIK IMEJ DI ATAS UNTUK LIHAT KEPUTUSAN