Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Istimewa Untuk Penggiat Filem Pendek & Dokumentari !!

DANA PEMBANGUNAN SENI FILEM & MULTIMEDIA

PENGENALAN

Dana Pembangunan Seni Filem & Multimedia diwujudkan bertujuan melahirkan karya filem Malaysia yang bermutu tinggi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa serta menggalak pertumbuhan bakat dan memajukan tahap profesionalisme para penggiat dan pengamal filem. Skim ini dikendalikan oleh sebuah Jawatankuasa yang terdiri dari kalangan karyawan dan penggiat filem.

OBJEKTIF

1. Meningkatkan kuantiti dan kualiti penerbitan filem terutama filem pendek, dokumentari & animasi.
2. Menempatkan industri filem Malaysia ditahap yang sewajarnya diperingkat antarabangsa.
3. Menghargai karyawan dan seniman filem Malaysia mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.
4. Menampilkan kemampuan pembikin filem tempatan di peringkat antarabangsa.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN DANA PEMBANGUNAN SENI FILEM DAN MULTIMEDIA

Penerbitan Filem Pendek / Dokumentari

1. Bantuan penerbitan tidak melebihi RM 40,000.00.
2. Warganegara Malaysia berumur 18 - 35 tahun sahaja.
3. Belum pernah menerbitkan dan mengarah filem / dokumentari pendek.
4. Belum mencapai tahap kejayaan di peringkat antarabangsa di dalam penerbitan filem / dokumentari pendek.
5. Filem mestilah berbahasa Malaysia iaitu tajuk, skrip dan dialog dalam Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya 60%).
6. Durasi tidak melebihi 15 minit.
7. Hendaklah menggunakan kemudahan peralatan perfileman dan perkhidmatan pasca-produksi FINAS.
8. Menunjukkan ciri-ciri berlatar belakang Negara Malaysia.

Bantuan Insentif

1. Bantuan penerbitan tidak melebihi RM 10,000.00 bagi pembiayaan tiket penerbangan atau penginapan sama ada untuk:
a) Pencalonan / pertandingan Festival Filem
b) Promosi dan pemasaran Filem
c) Pembentangan kertas kerja
2. Warganegara Malaysia berumur 18 keatas.

Bantuan Perfileman

1. Bantuan tidak melebihi RM 30,000 tertakluk kepada bilangan ahli yang aktif dan senarai aktiviti perfileman yang dijalankan.
2. Persatuan hendaklah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia mengikut Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966.
3. Pendaftaran yang masih sah.
4. Persatuan telah ditubuhkan sekurang-kurangnya setahun.
5. Jumlah anggota keahlian sekurang-kurangnya 100 orang.
6. Persatuan yang masih aktif.
7. Mengemukakan laporan aktiviti persatuan terkini.
8. Menjalankan aktiviti yang majoritinya berkaitan industri perfileman.
9. Mengemukakan Laporan Tahunan dan Laporan Kewangan terkini.
10. Persatuan yang berkemampuan serta teguh kedudukan kewangannya tidak layak diluluskan.

Permohonan Yang Lengkap


Borang & permohonan yang lengkap di alamatkan kepada :-

Urusetia Dana Pembangunan Seni Filem & Multimedia
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
Lot 1662, Batu 8, Jalan Hulu Kelang
68000 Ampang, Selangor.
( u.p. Unit Skim Pinjaman)



Pemilihan
Jawatankuasa akan membuat penilaian terhadap semua permohonan yang lengkap dan memenuhi kriteria. Permohonan akan dijemput untuk menghadiri sesi temuduga / pitching. Pemohon akan dimaklumkan keputusan melalui surat.

Latihan Bab 1 : Teknik Rekabentuk Arahan

DDZ2543 : ID
Bab 1 : Pengenalan Teknik Rekabentuk Arahan

Sila buat Latihan 1 : Bab 1
NOTA BAB 1: Download di dalam : www.gempurkhalifah.blogspot.com

Files > DDZ2543 > ASGMNT > ASG1


SILA HANTAR SELEWAT-LEWATNYA HARI KHAMIS (22/12/11) SEBELUM PUKUL 3.00 PETANG
DI ATAS MEJA SAYA.
KELEWATAN AKAN DITOLAK MARKAH (1%)

MONTAJ KTD 2011/2012

Designer KTD
Ketua : Thaharel
Pen.Ketua : Izzudin

Muat turun fail bahan untuk montaj KTD
Persiapan MQA 6 Dis 2011

Link 1 : http://www.4shared.com/dir/_fwpFXZv/gambar_program_ktd_2011.html
Link 2 : http://www.4shared.com/account/dir/ezPwvMvJ/_online.html

Nota:

1. Guna bahan montaj KTD Majlis Anugerah KEcemerlangan KTD 2010/2011 baru-baru ini.
2. Edit dan Tambah maklumat:
1. carta organisasi KTD 2011 (ambil maklumat Jawatan Pengarah & Pengurus sahaja. ada staf yang dah tiada.jgn masukkan ye.)
2. Program KTD 2011.
3. Tengok maklumat pada brosure dan tambahkan sikit maklumat yang berkaitan dengan halatuju pelajar setelah tamat belajar (kerja/profesion apa).

3. Masukkan gimik di awal persembahan dengan video perjuangan menuntut ilmu. (apa2 sahaja..)
4. Di akhir maklumat selitkan ucapan penghargaan kepada panel MQA yang hadir pada 6 dan 7 Dis 2011 kerana hadir ke KTD.

5. Perlahankan kelajuan montaj kerana maklumat perlu dibaca dengan sempurna oleh penonton.

KELANTAN KREATIF 2011




TARIKH TUTUP TERBARU : 17 NOVEMBER 2011

TEMA PERTANDINGAN
● Membangun Bersama Islam ● Kelantan Menerajui Perubahan ● Kelantan Negeri Berkebajikan ● Anak Muda Kelantan Bermaruah ● Spirit Of New Generation Revolution

LINK 1 : Muat Turun Borang-Penyertaan-Klip-Video
Syarat-syarat pertandingan Video : VIDEO Klik disini

LINK 2 : Muat Turun Borang-Penyertaan-Fotografi
Syarat-syarat pertandingan : FOTOGRAFI Klik disini

LINK 3 : Muat Turun Borang-Penyertaan-Poster-Kreatif
Syarat-syarat pertandingan POSTER : POSTER Klik disini

CEPAT SEBELUM TERLEPAS! =)

E-Learning Tools

http://www.mindomo.com/mindmap/e-learning-tools-a4b1daf9efe82635dc3a95ef15a561b6

Malaysia Airlines 'The Malaysia You Love' Photo Contest



Take part in the Malaysia Airlines 'The Malaysia You Love' Photo Contest by snappping a photograph that best represents the Malaysia you love and stand a chance to win amazing prizes.

Here's how you can take part in the contest:

1) Log on to the contest's Facebook application.

2) Fill in your details and upload a photo that best represents the Malaysia that you love and accompany it with a caption in not more than 20 words.

3) Get people to 'like' your entry once it is uploaded onto the contest's Facebook application.

Winners will be selected based on the most creative entries by a panel of judges unless otherwise stated.

This is what you stand to win:

Grand Prize: 1 x 3D/2N Holiday Package for 2 to Langkawi + Return Air Tickets

Most Liked Entry: 1 x 3D/2N Holiday Package for 2 to Kota Kinabalu + Return Air Tickets

Daily Prize: 1 x Hotel Stay voucher

For further information, please log on to the contest's Facebook application.

Contest period: 30 August - 29 September 2011

PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO MERDEKA 2011




PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO MERDEKA

* Pengenalan
* Syarat Penyertaan
* Hadiah
* Pertanyaan
* Muat Turun Borang Penyertaan
* Promo TV

PENGENALAN

Pertandingan Mencipta Video Merdeka merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik. Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam. Tema bagi pertandingan ini adalah “ICT dan Kemerdekaan”



Pertandingan ini adalah terbuka kepada kesemua pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia. Jangka masa (durasi) bagi setiap penyertaan adalah di antara 3 – 5 minit dan pada umumnya bertemakan kemerdekaan dan kemajuan ICT dengan membawa mesej semangat 1Malaysia.



Objektif bagi pertandingan ini adalah seperti berikut:

1.Memupuk minat dan kreativiti di kalangan remaja Malaysia dalam mempromosi
perpaduan dan semangat 1Malaysia melalui ICT (cth: penciptaan video);
2.Mencetus keterujaan dikalangan remaja Malaysia terhadap potensi dan peluang dalam
industri kandungan kreatif;
3.Mendidik para pelajar tentang semangat patriotik dan menghargai sumbangan
kemerdekaan terhadap kemajuan Negara


Durasi Penyertaan : 3-5 Minit
Tarikh Penyertaan : 1 Ogos 2011
Tarikh Tutup Penyertaan: 7 September 2011