Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

~@ Mari Meraih CINTA ~@


Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana telah mengurniakan nikmat kasih-sayang dan cinta kepada Yang Maha Esa.

Ucapan "SELAMAT HARI LAHIR" daripada suami, anak-anak & pelajar amat bermakna dan telah menyuburkan rasa kasih & cinta untuk meneruskan perjuangan di medan tarbiyah.

Terima kasih banyak-banyak kepada Suami ,Anak-Anak PA & pelajar yang lainnya. Semoga kasih kalian Allah mambalas dengan sejuta kasih-sayang daripadaNya. Amin..

Buat titipan suami, anak-anak dan pelajar yang tersayang sempena Hari Yang Amat Bermakna ini =):

Sayang,
Ke arah manapun kalian hadapkan pandangan mata dan hari, ketahuilah Allah sentiasa bersama-sama kalian.Sentiasalah ingat akan ikrar kalian
"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku & matiku hanya untuk Allah"

BEGITU LUAR BIASA BENTUK CINTA HAKIKI YANG BERLANDASKAN KASIH ILAHI,
IA LAKSANA POHON DI DALAM HATI,
AKARNYA ADALAH KEPATUHAN KEPADA ALLAH,
DAHANNYA ADALAH MAKRIFATULLAH (MENGENALI ALLAH),
RANTINGNYA TAKUT KEMURKAAN ALLAH,
DAUNNYA ADALAH MALU KEPADA ALLAH,
BUAHNYA ADALAH ISTIQAMAH,
AIR & BAJANYA ADALAH ZIKRULLAH.

Semoga kalian sentiasa dilindungi dan diredhai Allah S.W.T..
LUV U ALL..

0 comments:

Post a Comment