Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

6 sahabat yang dicari




Sahabat. Siapakah sahabat bagi anda? Sahabat bukan sahaja diperlukan bagi membantu kamu memiliki kehidupan yang lebih baik dan sukses, malah persahabatan juga mampu mempengaruhi kesihatan kamu. Ini kerana orang yang memiliki ramai sahabat dikatakan mampu hidup lebih lama berbanding mereka yang memiliki sahabat yang sedikit.

Berikut adalah sahabat yang harus kamu cari;

1. Si Motivator
Sahabat ini selalu mengambil berat dengan apa yang kamu lakukan atau rancangkan untuk dirimu. Dia akan selalu memotivasikan, memberi inspirasi dan akan memberikan sedikit dorongan ekstra ketika kamu dalam kesusahan.

2. Si Penolong
Sahabat ini selalu dalam muodus krisis dan merasa paling baik saat mampu menolong orang lain. Si dia sanggup melakukan apa sahaja untuk membantu kamu sampailah kamu tidak memerlukan apa-apa lagi.

3. Si Pendengar
Dengan sahabat ini kamu boleh menceritakan apa sahaja yang tidak mungkin kamu ceritakan pada orang lain. Termasuklah hal-hal yang kamu tidak berbincang dengan pasangan kamu. Si dia adalah sahabat yang akan tertawa dan menangis bersama kamu. Sahabat jenis ini juga sangat boleh dipercayai dan tidak akan membocorkan cerita pada orang lain.

4. Sahabat Yang Menyenangkan
Sekiranya kamu ingin bergembira dan bersenang-lenang inilah sahabat yang patut kamu cari. Dia seorang yang tidak segan silu untuk melakukan perkara yang gila-gila kerana sesuai dengan sifatnya yang sukakan kebebasan, santai dan selalu bergembira dengan hidupnya.

5. Si Jujur
Ini adalah sahabat yang tidak pernah menikam kamu dari belakang dan kerana itulah dia sentiasa mencuba untuk mengeluarkan yang terbaik dari kamu.Si dia sentiasa berterus-terang tentang kesilapanmu dengan berharap agar kamu dapat berubah menjadi yang lebih baik.Si dia tidak akan menyatakan sesuatu kerana iri hari atau balas dendam tetapi kerana amat sayangkanmu.

6. Sahabat Yang Penuh Kejutan
Sahabat jenis ini bukanlah seorang pendengar yang baik tetapi sentiasa berusaha menggembirakanmu dengan pelbagai kejutan. Misalnya, si dia tidak pernah tanya bila hari jadimu tetapi apabila tiba pada tarikhnya satu majlis istimewa diadakan untukmu.Si dia tidak pernah meminta jasanya dibalas dan kerana itulah setiap kali dia membuat sesuatu untukmu di lakukan secara rahsia.


Golongan sahabat manakah menjadi sahabat kamu yang paling akrab? =)
"SAHABAT ADALAH CERMIN PERIBADI ANDA"

0 comments:

Post a Comment