Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Apakah Personaliti Anda (Bhg.2)


Conscientiousness


Nilai mempunyai kesedaraan yang tinggi ialah satu ciri personaliti dimana seorang individu itu amat berhati-hati semasa membuat sebarang keputusan,atau satu kualiti yang wujud dalam diri seorang manusia yang bertindak mengikut kesedaran mindanya.

Ciri ini merujuk kepada seseorang yang mempunyai kesedaran yang di antaranya merangkumi kehidupan sehariannya, persekitarannya dan masyarakat sekelilingnya. Bentuk kesedaran kita wujud melalui tindak balas impuls kita. Kesedaran kita berdasarkan cara kita mengawalnya,mengurusnya dan cara kita bertindak berdasarkan impuls yang diterima.

Antara ciri yang dipunyai oleh golongan ini adalah seperti boleh dipercayai, sanggup berkerja keras untuk sesuatu ,menepati masa, kemas dari segi kerjanya dan keperibadian luarannya, berdisiplin , bercita-cita tinggi dan mempunyai atau suka pada kehidupan yang teratur (organized) .

Akan tetapi masalah yang dihadapi oleh golongan ini adalah mereka sering dan selalu berkerja keras (workaholics) dan dikategorikan dalam satu tingkah laku yang disebut sebagai “Obsessive Compulsive Perfectionists Behavior”.Tambahan pula, individu yang tinggi dalam nilai ini kadang-kala membosankan disebabkan oleh sifat atau sikap mereka yang tidak ingin mengambil risiko dan kurang ingin terdedah kepada persekitaran (less adventurous).

Golongan yang kurang mempunyai kesedaran (unconscienctiousness) lazimnya akan di kritik kerana tidak mempunyai cita-cita, kurang di percayai, dan tidak beramanah.Tetapi, golongan ini tidak akan di copkan sebagai orang yang membosankan.

Menurut satu kajian yang di lakukan,dikatakan bahawa kesedaran kita terletak pada bahagian lateral belakang otak kita dan di katakan orang yang mempunyai kesedaran yang tinggi mempunyai bentuk kepala yang berbentuk seakan kubah (dome-shaped) ,manakala orang yang mempunyai kesedaran yang kurang mempunyai bentuk kepala yang berbentuk seakan bujur (oval shaped)

0 comments:

Post a Comment