Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

APAKAH Personaliti ANDA?


Personaliti adalah sesuatu kualiti atau keadaan yang terdapat atau sedia wujud di dalam seseorang individu untuk individu tersebut menggelar dirinya sebagai seorang insan.

Dalam psikologi, personaliti ditakrifkan sebagai himpunan pola emosi, pemikiran dan perlakuan yang unik untuk seseorang dan tekal dengan masa. personaliti juga berkait rapat dengan tindak-tanduk seseorang seseorang yang ingin menzahirkan ciri- ciri kawalan emosi dan pemikiran.

Menurut Dr. John A. Jhonson, secara umumnya ciri-ciri personaliti seseorang individu di bahagikan kepada 5 sifat yang asas iaitu mengikut suatu konsep yang dikenali sebagai OCEAN.

5 sifat yang disebutkan tadi adalah seperti berikut:

* (O) OPENESS TO EXPERIENCE - Mempunyai sikap terbuka
* (C) CONSCIENTIOUSNESS - Mempunyai kesedaran
* (E) EXTROVENT - Bersifat sosial (suka bergaul)
* (A) AGREEABLE - Berpendapat sama (senang mencapai persetujuan)
* (N) NEUROTICISM - Bersifat neurotik (Mempunyai gangguan emosi)


Apakah yang dimaksudkan dengan setiap 5 sifat itu?
ADAKAH anda akan tergolong di dalam kelima-lima sifat itu atau hanya salah satunya?
Mari kita lihat...

1. Opennes to experience

Golongan yang berada dalam kumpulan ini mempuyai sikap atau minda yang terbuka terhadap sesuatu idea atau pendapat. Di samping itu mereka ingin sangat terdedah kepada sesutu pengalaman yang baru. Bagi golongan ini dunia ini merupakan “Tempat Pembelajaran” mereka, dan bagi golongan ini setiap daripada pengalaman yang diterima atau datang pada mereka akan di gunakan dengan sepenuhnya.

Mereka mempunyai sifat ingin tahu (intellectually curious) yang begitu mendalam. Mereka suka pada sesuatu benda yang cantik dan menghargai kesenian. Golongan ini juga lebih peka terhadap emosi mereka dan suka membandingkan diri mereka dengan orang yang terdekat dengan mereka. Mereka bertindak dan berfikir secara cara tersendiri (individualistic) dan dalam cara yang kurang berkonfrontasi.

Orang yang kurang mempunyi sifat dominan dalam ciri ini mempunyai daya presepsi dan pemikiran yang cetek dalam sesuatu hal. Mereka lebih suka pada sesuatu yang terus terang dan kurang kompleks.Mereka mempunyai tangapan (prasangka) atau kekhuatiran (wasangka) yang salah tentang perkara yang berkaitan dengan seni dan sains. Golongan ini lebih bersifat konservatif dan tidak suka pada perubahan khususnya yang drastik.

Sikap terbuka (openess to experience) ini pada pandangan ramai ahli sosiologi adalah sihat dan lebih matang dari aspek pemikiran dan tindak-tanduk mereka.Walau bagaimanapun pemikiran terbuka dan tertutup ini berguna pada situasi atau persekitaran yang berbeza.

Kajian juga menunjukkan bahawa golongan yang berfikiran tertutup ini lebih cenderung untuk memasuki bidang pekerjaan seperti pegawai polis , bahagian pemasaran dan jualan dan amat bagus dalam bidang-bidang ini.

SAMBUNGAN...=)

0 comments:

Post a Comment