Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Apakah Personaliti Anda (Bhg.3)



Extrovert

Golongan yang berada dalam kumpulan ini biasanya bersikap “out going” , penuh bertenaga dan biasanya bersikap positif.Individu yang tergolong dalam kumpulan ini mempunyai minat terhadap orang lain atau persekitaran mereka dari dirinya sendiri. Persepsi dan perspektif mereka terhadap sesuatu perkara itu terutamanya tentang hidup ini pada kebiasaannya ialah positif.Bagi golongan ini, dunia ini merupakan “Taman Permainan” mereka.Semasa berada didalam kumpulan mereka, mereka suka sangat bercakap,menilai diri mereka dan mendapat perhatian.

Berbanding dengan kumpulan ini terdapat satu kumpulan lagi yang betul-betul berbeza dari kumpulan Extrovent iaitu kumpulan yang di kenali sebagai golongn Introvert. Golongan introvent ini kurang dari segala aspek yang di miliki oleh kumpulan golongan Extrovent. Antara ciri personaliti yang di miliki oleh golongan ini adalah seperti kurang bertenaga, suka persendirian, dan biasanya kurang berhubung dengan masyarakat sekeliling.

Kurang penglibatan mereka dalam masyarakat bukan bermakna mereka ini “Anti-sosial”, sedih (depressed) atau berasa malu ,tetapi mereka ini tidak perlu banyak stimulasi dari persekitaran mereka berbanding dengan yang berada dalam golongan extrovent dan lebih memilih untuk bersendirian .

0 comments:

Post a Comment